BAB 1
Nama aku Nur Aleesya Areena Binti
Abdullah. Umur 22 nak masuk 23 september ni. Aku ni dah lima bulan
duk rumah. Senang cerita tanam anggur kat rumah lah. Hari ni first
day aku jejak kaki kat universiti ni. Aku dapat tawaran nak sambung
Bachelor in psychology with hons. Memang terkejut lah bila aku dapat
tawaran tu. Ye lah, diploma pun bukan nye ambik dalam bidang
psychology pun. Hari ni okay je. Smooth and steady kata orang putih.
Hehehe. Banyak juga budak-budak sekepale ngan aku kat sini. (otak
xbetul)
“Hi awak” sapa suara garau yang
macam beruang tiba-tiba.
“owh mummy ko meletup” ambik kau.
Sape lah yang dok kacau kau nak makan nie. Kan dah kena. Tu lah lain
kali nak tegur depan-depan.
“Sorry awak, sengaja” kata suara
garau tu sambil menayangkan 32 biji gigi dia. Ingat ada pertandingan
gigi terbersih agaknye. Tau lah pakai kodomo lion. Eh, tu kan ubat
gigi kanak-kanak ribena ke? Ntah lah. Hehe.
“Hi. Awak ni siapa?? Nak ape??k”
tanya aku sambil buat muka blur aku. Ye lah kan kot-kot nak culik aku
ke? Sape tau. Perasan jer lebih lah ko ni sya.. ops, terlupa. Member-
member aku semuanye panggil aku sya. Family aku pulak panggil aku
elisa.
“Saya Mohd Naqil Bin Mohd Imran and
u?” sambil menghulurkan tangan.
“ Cop-cop, awak ni salesman ke? Sorry
lah. Saya tak berminat nak beli. Kalau awak nak jual, gi lah cari
orang lain. Saya ni memang kedekut orangnye.” terang ku bersungguh2
ngan muka-muka aku sekali.
“Kelakar lah awak ni. Saya bukan
salesman lah. Saya student macam awak jugak. Saya cuma nak berkenalan
dengan awak je. Tak boleh ke?” terang nya sambil tersengih macam
kerang tak laku.
“Memang tak boleh pun. Ops, maksud
saya, saya tak suka sangat nak berkenalan-kenalan ni. Sorry ye.
Anyway, I gtg. See u next time” lantas aku bangun dari bangku aku
dan beredar daripada situ. Sibuk je lah mamat ni marah aku tapi boleh
tahan jugak mamat tu. Sempat jugak aku jeling-jeling muka dia tadi.
Hehe. Jahat kan aku ni.
><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Di Bustop....
Aih, mane lah bas ni. Dah lah panas
pulak tu. Benci betul nak tunggu lama-lama kat sini macam tiang
bendera dah karat.Tu lah kalau dah ambik lesen kan senang . Ni tak,
tinggal separuh jalan. Padan muka kau sya. Tiba-tiba aje, ada sebiji
kereta bmw sport berhenti tepat-tepat di depan aku.
“Hi awak” sapanya sambil tayangkan
gigi kodomo lion dia tu.
“Hi” sapa aku dengan muka terpaksa
dan senyuman plastik aku. Aiks, nak ape lagi lah mamat nie. Benci
betul. Ingat hensem lah tu asyik senyum macam tu tapi memang hensem
pun. Kui, kui, kui. Hampeh tul lah ko ni sya.
“ Awak buat ape kat sini?” tanya si
kodomo lion.
“ Saya tengah memasak ni. Awak tak
nampak ke?” ambik kau sebijik.
“ Hehehe. Awak nak balik ye?” tanya
nya sambil tersengih-sengih.
“ ye lah. Takkan nak bertapa kat uni
pulak kan” balas aku sambil pandang ke kiri dan kanan. Kot-kot ade
bas lalu ke.
“ Jom, saya hantarkan awak balik.
Lagipun dah setengah jam lebih awak dok tunggu bas kan?” ajak si
kodomo lion bersungguh-sungguh sambil membukakan pintu keretanya.
“ Eh awak, mane awak tau saya dah
setengah jam tuggu bas kat sini? Awak sekodeng saya yer?” tanya aku
dengan curiga. Mamat nie biar betul. Takkan baru habis kelas kot?
Setahu aku waktu balik untuk pelajar kat sini semuanya same melainkan
kalau diaorang ade aktiviti atau extra class je waktu diorang akan
berubah.
“ err... errr... Takde lah.. Saya
budak baik lah awak. Mane pandai sekodeng-sekodeng ni. Tadi tengah
lepak ngan member kat mamak depan tu lepas habis kelas. Tu yang
perasan awak tengah tunggu bas sampai setengah jam tu.” terang si
kodomo lion panjang berjela-jela
“ Owh, ingatkan awak sekodeng saya
tadi. Sorry ye. Anyway, takpe lah. Awak balik lah dulu. Saya boleh
balik sendiri naik bas. Thanks but no thanks” menolak ajakan nya
dengan sopan dan memberi senyuman paling manis buat ni. Perasan betul
lah lu nie sya. Dengan harapan mamat kodomo lion ni akan blah
daripada sini.
“ kalau macam tu takpe lah. Saya pun
tak nak paksa awak and I have no rights to force you right? So saya
balik dulu lah ye. By the by, this is my card. Anything, just gimme a
call. Take care.” katanya sambil melambai tangan pada aku. Kereta
nya sudah pun bergerak perlahan-lahan didepan aku. Akhirnye, balik
jugak si mamat kodomo lion ni. Lega sikit rasa hati ni.
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
“Wei minah, ko masak ape hari nie?
Lapar gila lah” tanya aku sambil membuka semua periuk-belanga kat
dapur.
“Asal sunyi je ni. Takkan minah ni
dah gi kerja pulak.”
“ Anum! Owh anum!. Mane pulak pergi
member aku seorang ni” aku berlari-lari anak ke tingkat atas.
“Anum, buka pintu ni! Kau tido ker?”
jerit ku sambil ketuk pintu bilik anum kuat-kuat. Owh, lupa nak
introduce. Mahanum a.k.a anum nie bff aku daripada kitaorang budak
hingusan lagi.Anum sekarang tengah kerja. Maklum lah kerja staff
nurse kat kerajaan. Siape tak nak. Kitaorang sewa rumah teres dua
tingkat kat area anum kerja lagipun memang dekat dengan area uni aku
pun.
Aku memulas tombol pintu bilik anum.
Aikz, tak kunci. Mata melilau cari member seorang ni tapi tak dapat
dikesan. Tiba-tiba mata terlekat kat sehelai kertas yang ditindih
dengan botol minyak wangi.
Wei, mangkuk ayun ko mesti cari aku
satu umah kan? Hihihi
padan muka. Aku tak masak hari nie.
Ade date ngan bf aku..
balik lambat kot. So pandai-pandai
tupai melompat,
akhirnyer jatuh ke tanah jgk.. ehh,
ehhh, salah pulak pandai-
pandai lah ko masak sendiri okay?
Daaaaa... :)
P/s: jgn marah :P
With So Much Of Luv
AnUm...
Aku membaca sambil
terkebil-kebil mata. Sabar je lah sya, dah nasib badan. Berlalu
meninggalkan bilik anum. Makan maggi je lah... :P
Please komen
nukilan saya yang tak seberapa nie. Thankz....