Jangan jeling2 saje, Follow lah Saye...

Wednesday 2 May 2012

U R My Mr.Right 4




BAB 4


“Mama! Cepatlah. Dah lambat nie. Kata nak siapkan breakfast dalam 5 minit. Nie sampai setengah jam Qum tunggu mama buat breakfirst. Kalau macam nie, baik Qum breakfirst kat luar je tadi” jerit Tengku Daniel Qayyum dengan muka masam macam langsat dia tu.

“ Ye Qum, dah siap nie. Nah, bihun goreng udang dengan telur mata favorite kamu.” Tengku Mariyam meletakkan pinggan berisi bihun goreng dan telur mata di meja makan yang diduduki oleh Tengku Daniel Qayyum.

“ Thanks mama. Nie yang Qum sayang sangat dengan mama. Love u mama.”

Tengku Mariyam menjulingkan matanya..

“ Ma, papa mane ma?”

“ Ala Qum, takkan kamu tak kenal papa kamu lagi. Workaholic. Pagi-pagi buta dah keluar gi office. Kalau boleh, 24 jam nak duk kat office tu.” keluh Tengku Mariyam sambil menggelengkan kepalanya.

“ Ma, baik-baik ma. Kot-kot dia gi jumpa skandal dia. Hehehe ”

“ Ma, macamne mama boleh kahwin dengan papa yer? Sebelum kahwin, mama tak tau ke papa nie workaholic?” sambung Tengku Daniel Qayyum

“ Nak buat macamne Qum. Mama dah sayang sangat kat papa kamu. So redha je lah. Sebelum kahwin pun, papa kamu memang workaholic. Nak dating ngan mama pun takde masa.” kedengaran Tengku Mariyam mengeluh.

“ Nie mama nak bagi nasihat sikit, kalau dah ade girlfriend nanti, jangan jadi macam papa kamu tau. Bawa gf kamu tu gi dating selalu, ajak gi makan, tengok wayang and etc tapi must know your limit. Understand?” nasihat Tengku Mariyam sambil tersenyum-senyum.

“ Cayaa lah ma. Mama is the best mama in the world. Qum bertuah sangat dapat mama.” puji Tengku qayyum seraya memeluk Tengku Mariyam.

“ Dah-dah. Jangan nak bodek mama. Dah lambat nie. Tak nak gi class ker?”

“ Alamak, dah pukul 9.30am dah nie. Dah lambat sangat nie ma. Qum nak chow dulu.” lintang pukang Tengku Daniel Qayyum bangun daripada dining table.

“ Ma, lupa nak cakap kat mama. Nanti petang sya datang tau.” kata Tengku Daniel Qayyum sambil memakai kasutnya.

“ Sya? Owh, okay-okay. Nanti mama handle dia.”

“ Qum gi dulu ma” Tengku Daniel Qayyum mencium pipi Tengku Mariyam.

“ Jaga diri baik-baik tau Qum. Drive elok-elok.” Tengku Mariyam berpesan kepada anaknya yang sudah pun memasuki keretanya.

Tiba-tiba Tengku Daniel Qayyum membuka pintu kereta dan berlari ke arah Tengku Mariyam kembali.

“ Nape nie Qum? Ade tertinggal barang ke? Nak mama ambik kan?” tanya Tengku Mariyam seraya melihat anaknya berlari ke arahnya.

“ Tak lah. Cuma lupa nak salam ma..... Hehehe. Sorry yer ma” sengih Tengku Daniel Qayyum dengan menghulurkan tanyanya untuk bersalam.

“ Ape punya anak da. Salam mama sendiri pun boleh lupa. Amnesia betul.” bebel Tengku Mariyam dengan menyambut salam anaknya.

“ Hehehe.. Sorry mama. Qum pergi dulu. Assalamualaikum.” Tengku Daniel Qayyum memasuki semula ke dalam kereta.

“ Waalaikumussalam.” Tengku Mariyam memandang kereta Tengku Daniel Qayyum sehingga hilang daripada pandangannya.

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Semalam satu hari sya me'lazy'kan diri nya dia atas katil. Bangun, mandi, makan and tidur. Bangun balik, mandi, makan and tidur balik. Kan best kalau setiap hari macam tu. Semalam Anum gi dating dengan pakwe dia tu. Adab orang bercinta lah katakan. Pagi-pagi buta dah keluar. Malam baru balik rumah. Aku pun nak rasa juga bercintan-cintun nie tapi nak buat macamne dah takde orang suka kat aku. Maybe aku tak cantik kot. Huhuhu... Sedihnya. Apapun, life have to go on. Sya, jodoh dah pertemuan di tangan Tuhan. So redha je lah.

“Nur Aleesya Areena!” terdengar satu suara lantang menjerit.

Terkebil-kebil mata aku mencari suara yang memanggil aku tadi. Pn Aniza yang panggil aku rupanya. Pn aniza nie seorang lecturer dekat universiti yang sya belajar. Dia mengajar subjek introduction to psychology. Pn Aniza memang psiko sikit. Suka sangat nak jerit-jerit. Tercabut keluar anak tekak dia baru tau.

“ Berangan lagi....! Get out of my class!” jerit Pn Aniza sambil mencekak pinggang yang tak ramping dia tu. Muka bengis gila. Nie kalau tunjuk muka dia kat baby baru lahir, mesti trauma seumur hidup. Hehehehe. Aku mencapai beg backpack ku dan melangkah meninggalkan kelas Pn Aniza. Kalau lecturer lain boleh lagi kautim-kautim tapi bukan dengan Pn Aniza. Dia nie lain macam sikit. Lagipun, kalau korang nak tau nie kali ke-11 dia tangkap basah aku tengah berangan. Hehehe... Tu yang terus kena 'Get out of my class' tu. Jahat kan aku nie.

Aku nak ke mana nie? Kalau balik rumah, mesti aku buat tahi mata. So baik aku pergi library buat short notes sikit. Sebelum tu, nak isi perut aku dulu. Lapar sangat. Uwarghh.... Nak lepak sorang-sorang macam tak best jer. Baik aku call anum, suruh dia datang sini. Aku mencapai henset Sony W995 aku dan terus mendail nombor Anum.

Tutttt tuttttttt..... Tuttt tutttt....

“ Hello” panggilan dijawab.

“ Hello Anum, ko tengah buat apa tu?” tanyaku

“ Aku tengah tido lah. Ko nak apa col aku pagi-pagi buta nie?” jawab Anum dengan suara serak dia.

“ Pagi-pagi buta hangguk kau. Ko tau tak dah pukul berapa?”

“ Relax lah beb. Baru pukul 10.30am kot. Aku penat lah.”

“ Tu lah ko. Dating tak ingat dunia. Tengah-tengah malam baru nak balik” membebel ku.

“ Wei senget, ko call aku semata-mata nak membebel macam nenek kebayan ker?”

“ Muka aku comel loteh nie ko cakap nenek kebayan? Banyak tak cantik muka ko. Nie aku call ko nie ade hajat. Hajatnya adelah.... jeng jeng jeng...Aku nak ajak ko lepak ngan aku.”

“ Hajat kepale siku kau... Tak nak lah. Malas. Aku nak sambung tido ”

“ Wei, jom lah. The food is on me. How? Boleh lah. Please....” pujukku.

“ Dah lah. Tak payah nak buat muka 1 sen ko tu. Nanti aku datang. Ko nak lepak kat mane?”

“ Kat city square. Amacam? Okay?” jawabku

“ Okay lah. Tunggu aku. Dalam masa sejam aku sampai.” jawab Anum dengan malas.

“ Wei, ko tak payah lah make-up 2-3 inci nanti lambat pulak kau nak datang.”

“ Dah lah ajak orang orang pastu nak demand-demand . Aku cancel 'lepaking' ngan kau baru tau”

“ Uiks, okay-okay. Jangan lah buat macam tu. Kau kan baik, cantik, comel and bla bla bla......”

“Kau tak payah lah nak 'air-con' aku lebih-lebih. Nanti aku datang lah.” celah Anum tiba-tiba

“ Wei, Yang kau dok ajak aku lepak-lepak nie kau takde class ker? Okay... don't say that u 'ponteng' the class beb” serkap Anum.

“ Anum, ape class main ponteng-ponteng nie.. Aku cuma kena halau daripada class jer. Hehehehe...” jawabku tersengih-sengih.

“What?? Kau kena halau? Serious ??”

“ Serious... kok mau nipuin kamu sih... Hehehe” sengih aku lagi.

“Kenape kena halau sya?”

“ Nanti lah aku story the morry kat kau. Habis credit aku berbual ngan kau. Aku nak letak dulu. Datang sini cepat-cepat tau. Daaa Anum.. Muaxxx” terus aku menekan button off. Mesti Anum bengang gila dengan aku. Hehehe..

“Kurang belajar punya member. Memang nak kena Sya dengan aku. Siap dia nanti.” bebel anum. Anum mencapai tuala dan memasuki bilik air untuk membersihkan diri.


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

“ Apesal lah minah nie belum sampai lagi. Mesti make-up 2-3 inci punya pasal.” gumam sya dalam hati sambil memasuki sebuah butik.

“ Wah, cantiknya baju-baju dalam butik nie. Bestnya kalau dapat pakai baju-baju nie semua.” bisik hati kecil ku

“ Sya, jangan nak terbang tinggi sangat. Jatuh susah woooo.... Patah pinggang tau tak.” sambung hati aku lagi.

“ Cak!!” sergah Anum dari celah-celah baju.

“ OMG!” jerit aku. Kalau aku ada Myocardial Infaction, sure aku dah 'bye-bye' tau tak.

“ Apa cak-cak?? Kau ingat aku nie budak hingusan ke nak main cak-cak dengan kau??” soal aku dengan marah. Memang cipan betul Anum nie. Dah tau aku allergic benda-benda macam nie pun still nak buat. Bengang aku. Macam nak tumbuk jer muka dia. Wa gelenti jadi purple mah...

“ Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak marah. Patut lah muka kau banyak kedut.” kata Anum.

“ Dah lah datang lambat, pastu sesedap blueberry jer nak kutuk aku.” marah aku sambil memberikan jelingan dead aku kat Anum.

“ Jangan lah marah. Jalan jam gila tadi. Tu yang lambat sampai kat sini tadi.”

“ Banyak lah kau punya jam. Dah dekat 2 jam aku tercongok kat C.S nie macam orang gila tau tak?” marah aku kat Anum. Bayangkan aku dah masuk semua kedai kat City Square sebab dok tunggu dia nie.

“ Swear sih. Memang jam gila kat jambatan Permas tadi.” kata Anum dengan mengangkat bendera putih. Pastu nak tayang muka 1 sen dia. Ingat aku kesian lah tengok dia.

“ Yea lah tu....”

“ Wei sya, jom gi sapde dulu. Aku kebulur tahap extreme nie. Semua benda nampak macam makanan. Ko sambung bebel lepas makan. Okay?” Serius, dari tadi aku nampak semua benda macam makanan. Si sya nie pun aku nampak macam ayam golek honey. Hehe. Dengar dek dia nie, sure kejar aku satu C.S nie. Hehehe.

“ Ye la. Jom.” aku menarik tangan Anum menuju ke food court. Terkial-kial Anum mengikuti aku.

“ Wei, kau jangan lah tarik aku!” jerit Anum. Sekali tengok dah macam lembu kena cucuk hidung.

Kami berjalan menuju food court di level 5. Aku order nasi ayam dan carrot juice. Anum pulak order claypot rice dengan milo ais. Kami menikmati makanan tengahari tanpa banyak bicara.

“ Sya, aper cer class ko hari nie?”

“ Long story my dear.”

“ Cerita lah kat aku sya.”

“ Once upon a time, there is a cute girl called Aleesya.”

Toink....

Tepat sebatang pen mengena dahi Sya.

“ Hoi, apa main baling-baling pen nie?? Sakit wooo. Nasib baik tak berdarah dahi aku yang cun nie tau tak.” marah aku.

“ Nasib baik aku baling pen jer. Kalau ikutkan kata hati, dengan pinggan-pinggan nie sekali aku nak baling kau!”

“ Okay-okay. Relax beb. Ceritanya macam nie..........” aku menceritakan A-Z kepada Anum.

“ Hahahaha. Tu lah kau, orang gi class belajar. Yang kau gi berangan tu kenape. Tak pasal-pasal kena halau” ketawa Anum.

“ Nak buat macamane. Dah disease aku. Hidup tak bererti kalau tak berangan sehari tau tak?”

“ Cakap macam philosopher. Tapi haprak pun tarak” perli Anum.

“ OMG” jerit aku sambil menepuk dahi aku. Aku terus menjeling jam tangan aku. Dah pukul 2.45 tengahari. Macamane kau boleh lupa nie sya. U are dead sya.

“ Ko kenape sya?” tanya Anum dengan riak terkejut dia.

“ Wei, aku ade hal nie. Aku blah dulu tau. Kau drive baik-baik. Take care urself. Papai Anum. Muax.” kata aku. Terkocoh-kocoh aku lari meninggalkan Anum yang still terkebil-kebil macam tersesat kat planet lain.

“ I will see u at home!” jerit aku sebelum memasuki lif. Sya, macamane kau boleh lupa yang driver mangkuk cina nak datang fetch kau pukul 2.30 tengahari. Kesian orang tu. Mesti bengang gila orang tu kat kau sya.



~Guyz, Tinggalkan lah komen u allss yer. Arigato. ~

Monday 23 April 2012

U R My Mr.Right 3


BAB 3




Lambatnya mamat mangkuk cina tu nak sampai. Dah dekat setengah jam aku jadi tiang bendera dah karat kat sini. Hisy, nie yang buat aku malas nak tunggu nie. Cop-cop, korang mesti ingat aku nak gi dating dengan mamat mangkuk cina tu kan? Please lah. Aku tunggu dia sebab denda tu lah. Kalau tak, tak ingin aku nak tunggu dia. Hari tu, aku jumpa dia kat library. Dia pun duk ugut-ugut aku. Than dia cakap sabtu ni, tunggu dia kat depan rumah aku, pukul 10am. Sekarang ni dah 10.30am dah. Geram jer. Janji melayu betul mamat mangkuk cina nie. Okay sya, lagi 10minit. Kalau dia tak datang, ko blah jer.

PIN PIN.....

“ Owh mummy ko blah!” latah aku. Terkejut mak okay. Hisy, bila lah penyakit melatah aku nak baik ni. Dah kronik sangat nie. Agak-agak ada ubat tak untuk penyakit nie?

“ Awak sorry yer. Jalan jem. Sorry sangat-sangat” dia minta maaf dengan kedua-dua tangannya ke dada. Siap buat muka 1 sen pulak tu. Nasib baik tak berlutut depan aku. Kalau tak, mesti orang ingat dia tengah propose kat aku nie n lagi satu, jangan lah buat muka macam tu. Cute sangat tau. Nanti kalau jadi apa-apa kat awak, jangan nak salahkan saya okay? Hihihi. Kalau kauorang nak tau mamat mangkuk cina ada iras-iras korean sikit. Rambut ala-ala hero Naughty Kiss, mata sepet, hidung mancung, putih melepak macam burung gagak kena clorox and badan boleh tahan jugak lah. Jangan salah faham yer, tengok daripada luaran sajer tau. Hehehe.

“ Awak, saya tau lah saya nie handsome macam pelakon korea. Awak tak payah lah nak pandang saya macam tu. ” kata mangkuk cina sambil sengih-sengih.

“ Perasan. Saya tengok belakang awak tu lah. Ada lalat tengah melintas jalan” jawab ku selamba.

“ Lalat boleh melintas jalan ke? Tak tahu pulak saya. By the way, sejak bila pulak lalat start berjalan?”

“ Awak.... kalau nak cover pun, cari lah ayat yang sesuai sikit. Better luck next time okay.” sambungnya lagi.

Pap... Jatuh terus muka aku ke bawah. Kantoi. Padan muka ko sya. Tu lah lain kali nak cover pun agak-agak lah sikit. Ade ker cakap tengah tengok lalat melintas jalan. Hentam keromo betul lah ko nie.

“ Yang awak tertunduk dari tadi tu kenape? Cari cacing tengah menari pulak ker? Cepat lah masuk dalam kereta.”

“ Ye lah. Saya nak masuk lah nie.” aku masuk bahagian penumpang belakang. Aku memegang pintu untuk menutupnya tapi kenapa pintu nie berat sangat yer? Sudah ku tarik banyak kali tapi tak tertutup jugak. Nape sih?

“ Ehem ehem. Aiii, takkan awak nak saya jadi driver awak kot. Mahal tu gaji kalau nak saya jadi driver awak. Meh, duduk depan” katanya sambil menongkat kepalanya kat pintu kereta. Patut lah tak boleh tutup tadi. Tapikan takkan mamat mangkuk cina nie berat sangat? Watever. Aku turun semula daripada belakang dan terus memboloskan diri ke dalam kereta. Kali nie, betul-betul seat sebelah driver. Hehehe. Dia pulak memboloskan diri ke bahagian driver seat.
“ Awak.”

“ Ye saya” jawab ku.

“ Awak tak takut ker naik kereta dengan saya? Awak tu bukannya kenal sangat dengan saya pun. Baru jumpa dua kali kot. Saya rasa nama saya pun awak tak tau kan?”

“ Kot-kot saya ada niat nak culik awak atau nak tarik awak masuk semak ker. Siape tau. Tak takut ker?”

GULP.... Aku menelan air liur. Rasa macam ade batu tersekat kat tekak jer. Takkan dia nak culik aku kot atau dia nak tarik aku masuk semak... tapikan sya, kalau dia memang ade niat cam tu kat ko macamne? Hisy, macamane nie? Takkan nak terjun dari kereta. Takpe-takpe, biar aku send mesej SOS kat anum. Bijak-bijak ko nife sya. Aku meraba beg belakang aku mencari henset .

“ Mane aku letak henset aku nie” bisik aku.

“ Awak cari apa? Henset ker? Tu hah, kat atas riba awak tu.”

“Thanks” macamane dia boleh tau nie? Aiks, malunye. Macamne boleh tak perasan henset ade kat riba aku. Cepat-cepat aku send mesej kat anum mengatakan yang aku kuar dengan seorang mamat nie. Siap bagi no plat kereta dia lagi. Hehehe. Safety first. Tapikan betul jugak mamat nie cakap tadi, nama dia pun aku tak tau apatah lagi asal-usul dia. Agak-agak dia bawa aku ke mane yer?

“ Awak!”

“Ye saya” jawab ku

“ Awak takut ker?”

“Tak de lah. Mane ade saya takut, tengok still can smile lagi” jawab ku sambil menayangkan gigiku. Padahal dalam hati, dup dap dup dap. Jantung nie elak suicide keluar jer.

“ Awak tak payah lah takut. Saya takkan buat ape-ape kat awak. Lagi pun, u are not my taste.” kata nya selambe.

Ingat aku heran sangat lah dengan muka dia tu. Please lah. Tak hingin aku. Nak muntah biru aku rase. Perasan jer lebih.

Masing-masing mendiamkan diri. Melayan perasaan. Sekali-kala ade jugak main jeling-jeling antara satu sama lain tapi mulut tetap terkunci.

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><

Kereta mamat mangkuk cina memasuki perkarangan rumah yang sangat besar. Macam mahligai pun ade. Ade beberapa buah biji kereta mewah tersadai di perkarangan rumah itu.

“ Perghh, loaded jugak mamat nie yer. Ntah-ntah rumah kawan dia. Kalau rumah kawan dia pun best jugak, boleh lah aku jeling-jeling manja kat kawan dia tu. Uish, gatal betul ko nie sya. ” gumamku dalam hati.

“ Tak nak turun ker? Takkan nak kena ade orang bukak pintu baru nak turun.” kata nyer.

“ Ekk, ekk... Nak kena turun jugak ker?”

“ Yea. Cepat lah..” kata nya sambil menayangkan muka sombong nya. Kerek betul lah mamat nie.

Mamat tu terus berjalan tinggalkan aku yang terkebil-kebil buka pintu.

“ Awak, tunggu lah saya!” terkedek-kedek aku mengejar dia dari belakang.

“ Cepat lah”

Gedebuk. Muka aku selamat mendarat di belakang badan mamat tu.

“ Awak nie jalan mata letak kat mane huh?? Mata letak kat tapak kaki kot. Tu yang sampai langgar orang.” marah nya.

“ Sorry yer. Tak sengaja. Tapi bukan salah saya pun. Salah awak jugak. Siape suruh brek tak bagi signal? Kan dah accident.”

“ Huh, menjawab jer kerja. Dah, cepat masuk” arah nya.

Mak aih, besarnya rumah. Serius, nie lah first time aku masuk rumah besar macam nie. Perghh.
Rumah pakcik aku kat kampung tu pun tak besar macam nie. Rumah mamat nie 10 kali ganda besar daripada rumah pakcik aku tu. Tiba-tiba rase rindu pulak kat pakcik and makcik aku. Mesti diorang tengah tunggu aku call diaorang. Balik rumah nie, nak call diorang lah. Hehehe.

“ Awak nie memang suka berangan ekk?”

“ Awak!!” jeritnyer

“ Ye saye! Nape awak??” terkejut mak okay.

“ Susah betul lah dengan orang sakit jiwa macam awak. Saya tanye, awak nie memang suka berangan ker?”

Tak makan saman betul. Ikut sesedap mulut dia jer cakap aku sakit jiwa. Memang nak kena ngan aku.

“ Tak lah. Once in a while jer” jawab ku selambe.

“ Duduk dulu kat sini” arah nya sambil berlalu meninggalkan aku. Pergi mane ntah.

Soft nya sofa nie. Katil kat rumah sewa aku pun tak selembut nie. Memang nasib badan kot. Orang kaya lah katakan.

“ Well, toilet rumah nie lah awak kena cuci selama seminggu. Kat atas ade lima buah bilik air and kat bawah ade dua buah. Amacam? Okay tak?” katanya

“ Nape sikit sangat bilik air rumah awak yer? Nape tak suruh saya cuci bilik air rumah sebelah sekali?”

“ Kalau awak nak basuhkan, saya on je. Nanti saya deal ngan apek sebelah rumah saya tu.”
“ Jom.” ajaknya seraya menarik tangan aku. Macam terkena elektric shock je. Nasib baik rambut aku tak terpacak.

“ Awak, boleh tak lepaskan tangan saya?”

“ Opss, sorry. Tak sengaja.” ahh sudah, macamane boleh tak perasan yang aku tertarik tangan dia nie. Malu wooo... Buat bodoh sudah.

“ Okay, nie bilik mama and papa saya.” tunjuk nya sambil membukakan pintu bilik itu.

Wow, cantik gila bilik nie. Macam bilik pasangan baru kahwin. Tema merah, hitam dan putih. Memang matching.

“ Sebelah nie pulak bilik adik lelaki saya. Rasanya tak payah buka pintu bilik dia kot sebab dia tengah tidur lagi tu”

Aikz, matahari dah naik atas kepala pun boleh tidur lagi ker? Tak rasa panas? Lupa pulak, orang kaya macam dia nie mesti pasang air-conditioner.

“ Nie pulak bilik adik perempuan saya” berjalan menuju ke sebuah bilik berhadapan dengan bilik adik lelakinya. Mamat mangkuk cina memulas tombol pintu yang tersangkut sebuah tag ' this is aniqa's territory”. Comelnya. Tema bilik nie pulak pink. Semuanya pink. Budak perempuan, biasalah.

“ And, this is my room.” katanya sambil menolak pintu bilik tersebut.

OMG, bilik nie memang fabulous, awesome, cantik dan etc. Hehehe. Tema hitam dan putih. My favorite colour. Ternganga mulut aku tengok bilik nie.

“ Tutup sikit mulut awak tu. Masuk nyamuk, bertelur kat perut awak tu baru tau”

“ Jom masuk” sambung nya.

“ Takpe lah, saya tengok dari sini jer” malu lah nak masuk bilik budak lelaki. Sebelum nie, aku tak pernah masuk bilik lelaki kecuali bilik anak pakcik aku, Hafiz. Dia tu dua tahun lebih tua daripada aku. Ramai orang pernah cakap kitaorang nie macam kembar siam tapi tak berape siam. Hehehe. Hafiz sekarang kat jepun. Tengah sambung belajar. Rindu sangat kat dia.

“ Awak.....” panggil mamat mangkuk cina sambil memetik jarinya di hadapan mata ku. Sah-sah berangan lagi lah nie.

“ Yea saya” bagaikan baru tersedar daripada mimpi.

“ Jom masuk, saya takkan buat ape-ape kat awak. Saya kan dah cakap awak nie bukan taste saya.”

“Yea lah tu” perlahan-lahan aku melangkah memasuki bilik mamat tu. Ade katil king size bercadar hitam dan berbunga putih. Sebelah katil tersebut ade beberapa buah biji batu sederhana besar warna putih. Setahu aku, itu batu crystal. Crystal lamp kot. Than ade walking wardrobe warna hitam putih juga. Terdapat sebuah rak buku. Mamat nie suka baca buku jugak ker? Than sebelah rak buku tersebut terdapat sebuah meja study , ade jugak sebuah sofa jugak berwarna hitam putih dan tak terlupa sebuah toilet yang aku kena cuci setiap hari selama seminggu.

“ Awak duduk kat sofa tu diam-diam. Saya nak gi washroom kejap”

“ okay” jawab ku ringkas

Mataku melilau keseluruh bilik tersebut dan tiba-tiba stop disebuah frame gambar yang terletak cantik di atas meja study. Aku berjalan menuju ke meja study itu dan mengambil frame gambar dari meja study itu. Gambar mamat mangkuk cina dengan family dia. Happy family. Sebelah frame tersebut, terdapat beberape buah buku. Terdapat huruf TDQ ditepi semua buku tersebut. Name makwe dia kot. Hehehe. Ada lagi satu buku, tapi di isolate daripada buku-buku lain. Cover buku tu warna hitam. Macam diary. Atas buku tu terukir nama Tengku Daniel Qayyum. Nama dia ker? Owh, baru aku faham sih. TDQ tu nama dia lah. Cop-cop, dia nie tengku ker? OMG..

“ Saya kan suruh awak duduk diam-diam kat sofa tu yang awak gi merayap sampai ke meja study saya tu kenape?”

“ Errr.... saya tengah tengok foto nie. Sorry, saya ambik tanpa kebenaran awak” jawabku jujur.

“ Takpe. Tapi lain kali, jangan buat lagi. Anyway, tu picture family saya. Papa, mama, Aniq, Aniqa dan saya.”

“ Owh, okay.” sebenarnya aku tak tau nak jawab ape. Aku masih blur-blur pasal nama tengku tu. Nak tanya ke tak nak, nak tanya ke tak nak?

“ Awak, nak tanya sikit boleh?”

“ Apadia?”

“ Nama awak Tengku Daniel Qayyum ker?”

“ Yup. Awak tengok kat diary saya ker?”

“ Saya tak baca pun diary awak. Saya tertengok.” jawabku cemas. Takut kena tuduh macam-macam.

“ Ade saya cakap awak baca diary saya?”

“ Tak....”

“ Awak, nak tanya lagi. Tengku yang ade depan name awak tu, betul-betul gelaran tengku ker atau mama ngan papa awak letak name tu saje-saje?”

“ Awak nie memang kelakar lah. Soalan cepu perak tau awak bagi nie. Betul-betul gelaran tengku lah. Nama papa saya Tengku Iskandar tau. Jangan main-main” bantai gelak Tengku Daniel Qayyum dengan soalan aku tu.

“ So, saya kena panggil awak tengku lah yer?” soalan tak berapa pandai lagi.

“ Yup. U have to call me tengku start from now on. Understand?”

“ Okay awak...opss, terlajak... okay Tengku.”

Tengku Daniel Qayyum hanya tersenyum melihat telatah Nur Aleesya Areena. Comel jugak dia nie. Kelakar pulak tu. Main hembus jer semua.

“ So, awak kena datang rumah saya start from next monday, okay?” kata Tengku Daniel Qayyum.

“ Untuk ape Tengku?”

“ Dating ngan saya.” selambe jer Tengku Daniel Qayyum jawab.

“ Huh??” terkejut beruk plus cipan. Nie kalau aku tengok muka aku kat cermin, mesti cermin tu pecah. Hisy-hisy, parah nie.

“ Untuk cuci toilet rumah saya lah habis untuk ape lagi.”

“ Ohhhhh” jawab ku.

“ Awak ade transport ker nak datang sini?” soal Tengku

“ Takde” jawabku ringkas.

“ Kalau macam tu, driver saya akan fetch awak lepas abis kelas. Okay?”

“ Okay.”

“ Dah jom saya hantarkan awak balik”

“ Okay”

Dalam kereta, masing-masing melayan perasaan. Hanya suara dj radio yang non-stop itu sahaja yang kedengaran. Begitu lah keadaan sampai Tengku dan sya selamat sampai ke destinati mereka.


Monday 2 April 2012

U R My Mr.Right 2...


BAB 2

Hari ini memang boring gila. Ye lah minggu orientasi. Siapa yang suka orientasi ini. Untuk sya, orientasi ini macam dodoi kan kita untuk tidur. Jahat kan. Tapi apa nak buat, kena hadir juga demi 'attendances'. Lagi satu yang paling sya tak suka ialah senior-senior yang buat orientasi nie. Bajet bagus aje. Geram aje tengok diorang tu. Nak ajer ketuk kepale diorang pakai tukul kayu yang paling besar. Hisy-hisy, kejamnya kau nie sya. Hehehe. Apa pun, terpaksa lah bersabar.

“Hey awak, mari sini!” terdengar satu suara yang garang sambil menunding jari telunjuk ke arah aku.

“Dia panggil aku ke?” dengan rasa cuak aku pandang ke kiri dan kanan. Kot-kot dia panggil orang sebelah aku ke, mane tau.

“Awak lah. Yang gi pandang kiri kanan tu buat apa?” katanya lagi.

“Saya??” tanya aku sambil menunjukkan jari telunjuk aku tepat ke muka aku.

“ Ye, awak lah. Mari sini!” jeritnya di mikrofon.

“Alamak, mati aku. Mamat ni pun satu, takde orang lain ke nak panggil. Siap jerit kat mikrofon segala. Macam lah aku ni pekak.” rungut aku. Tapi rungutan itu terluah didalam hati saje. Aku bingkas bangun dan berjalan ke depan. Muka aku dah macam kena paksa makan asam jawa jer.

“ Sila perkenalkan diri awak” katanya sambil menghulurkan mikrofon tu.

“ Nama Nur Aleesya” jawab aku selamba.

“ Aik, Takkan tu jer kot? Bagi tau lah umur, ambik jurusan apa dan bla bla bla. Kalau boleh bagi lah no tel sekali”

“ Nak kena bagi tau jugak ke? Kalau tak jawab boleh tak?” aku pun apalagi, buat lah muka 1 sen aku. Macam lah orang nak simpati sangat dengan muka ko tu sya oi...

“ Ye, kena jawab jugak!” jawab nya.

“ Nama Nur Aleesya Areena Binti Abdullah. Umur 22. Ambik jurusan psikologi. Asal orang jb. Nak tau sejarah nenek moyang saya sekali ker? Kalau nak, nanti saya tulis and hantar kat encik” jawab aku selamba. Padan muka. Tu lah kacau aku lagi. Punya lah sedap aku berangan, hilang dalam sekenyit. Mangkuk cina betul lah mamat nie..

“ Watever. Hah, saya nak tanya awak nie. Apa yang saya cakap kat depan tadi?” tanya mamat mangkuk cina tu lagi.

“ Cuba awak terangkan 1 by 1” sambungnya lagi.

“ Ntah. Tak tau.” jawab aku selamba. Memang sah nak kena penampor lah ko nie sya. Mulut takde tapis betul. Nanti kena beli tapis yang jual kat kedai runcit mak yok. Simpan untuk kecemasan.

“ tu lah. Berangan lagi. Disebabkan awak tak boleh jawab soalan saya. Awak dikenakan denda. Awak kena...... err, apa yer... jap-jap. Saya fikir dulu.” diam sejenak
“ Ala, mamat nie kecoh lah. Nak denda-denda segale. Mane ade denda-denda zaman sekarang nie. Denda-denda nie zaman kuno okay. Menyampah betul.” rungut aku.

“ Huh!” pekik mamat mangkuk cina tadi ditelinga aku.

“ Opocot, mummy ko meletup” latah aku. Aisehman, semua orang dengar aku latah ke nie . Mane nak sorok muka. Pinjam seluar mangkuk cina nie boleh tak agaknya? Ekh, ayat macam lain jer? Seluar? Apepun aku tengah malu sesangat okay.

“ Hehehe. Melatah rupa nyer. Muka cantik tapi melatah” gelak bantai mamat mangkuk cina tu.

“ Ehh, ade ape-ape lagi tak? Saya nak blah nie” tanya aku sambil memberikan jelingan dead aku. Memang nak kena tumbuk ngan lesung nenek aku agaknyer mamat nie. Siap boleh gelak bantai macam tu sekali. Sabar jer lah sya. Tawakal..... aku baru nak melangkah pergi daripada pentas tu.

“ Errr, err.. takkan awak dah lupa denda awak tu.”

“ Apadia, cepat lah cakap. Dah boleh jadi mumia saye duk sikit lame-lame. Dah lah sejuk gila”

“ Denda nya adalah jeng jeng jeng... Awak kena basuh toilet rumah saya semalam seminggu. Amacam ada suka ka itu adik manis” perli nya dengan meniru aksi mamak roti canai.

“ Asal pulak saya kena basuh toilet rumah awak hah? Awak basuh lah sendiri. Ingat saya nie maid yang tak bertauliah awak ker?” jerit aku. Ternaik kening aku secara automatik nyer. Suka hati mokcik pokcik dia jer suruh aku basuh toilet. Kalau toilet uni aku boleh terima lagi, nie toilet rumah dia. Naik kesemua bulu-bulu kaki , tangan n kening aku.

“ Saya tak kisah kalau awak tak nak terima denda saya tu tapi awak pun tau kan ape akan berlaku if a student didnt follow seniors instruction in orientation?” bisik mamat mangkuk cina ditelinga aku. Nie lagi satu masalah, korang tau tak ape akan berlaku kalau tak follow instuction senior? Senior-senior yang konon baik-baik belaka taik kucing ni akan laporkan segalanya pade pihak atasan. So kita akan dapat bad impression daripada diorang.. Pastu memamg susah lah nak approach diorang untuk assignment or sewaktu dengan nya.

“ Hah, berangan lagi. So amacam? Mesti setuju kan?” tanya nya dengan sinis

“ Watever!” aku memberikan jelingan dead aku sekali lagi untuk mamat mangkuk tingkat tu and terus blah daripada tempat tu. Memamg geram betul. Apalah nasib aku. Cuba korang bayangkan aku dengan baju maid yang berrompol-rompol dan ditambah dengan cap maid kat kepale aku. OMG, sya.... u look damn teruk okay. Tak boleh dibayangkan. Mummmy, Help me....   

Thursday 29 March 2012

U R My Mr.Right...


BAB 1

Nama aku Nur Aleesya Areena Binti Abdullah. Umur 22 nak masuk 23 september ni. Aku ni dah lima bulan duk rumah. Senang cerita tanam anggur kat rumah lah. Hari ni first day aku jejak kaki kat universiti ni. Aku dapat tawaran nak sambung Bachelor in psychology with hons. Memang terkejut lah bila aku dapat tawaran tu. Ye lah, diploma pun bukan nye ambik dalam bidang psychology pun. Hari ni okay je. Smooth and steady kata orang putih. Hehehe. Banyak juga budak-budak sekepale ngan aku kat sini. (otak xbetul)

“Hi awak” sapa suara garau yang macam beruang tiba-tiba.

“owh mummy ko meletup” ambik kau. Sape lah yang dok kacau kau nak makan nie. Kan dah kena. Tu lah lain kali nak tegur depan-depan.

“Sorry awak, sengaja” kata suara garau tu sambil menayangkan 32 biji gigi dia. Ingat ada pertandingan gigi terbersih agaknye. Tau lah pakai kodomo lion. Eh, tu kan ubat gigi kanak-kanak ribena ke? Ntah lah. Hehe.

“Hi. Awak ni siapa?? Nak ape??k” tanya aku sambil buat muka blur aku. Ye lah kan kot-kot nak culik aku ke? Sape tau. Perasan jer lebih lah ko ni sya.. ops, terlupa. Member- member aku semuanye panggil aku sya. Family aku pulak panggil aku elisa.

“Saya Mohd Naqil Bin Mohd Imran and u?” sambil menghulurkan tangan.

“ Cop-cop, awak ni salesman ke? Sorry lah. Saya tak berminat nak beli. Kalau awak nak jual, gi lah cari orang lain. Saya ni memang kedekut orangnye.” terang ku bersungguh2 ngan muka-muka aku sekali.

“Kelakar lah awak ni. Saya bukan salesman lah. Saya student macam awak jugak. Saya cuma nak berkenalan dengan awak je. Tak boleh ke?” terang nya sambil tersengih macam kerang tak laku.

“Memang tak boleh pun. Ops, maksud saya, saya tak suka sangat nak berkenalan-kenalan ni. Sorry ye. Anyway, I gtg. See u next time” lantas aku bangun dari bangku aku dan beredar daripada situ. Sibuk je lah mamat ni marah aku tapi boleh tahan jugak mamat tu. Sempat jugak aku jeling-jeling muka dia tadi. Hehe. Jahat kan aku ni.



><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Di Bustop....

Aih, mane lah bas ni. Dah lah panas pulak tu. Benci betul nak tunggu lama-lama kat sini macam tiang bendera dah karat.Tu lah kalau dah ambik lesen kan senang . Ni tak, tinggal separuh jalan. Padan muka kau sya. Tiba-tiba aje, ada sebiji kereta bmw sport berhenti tepat-tepat di depan aku.

“Hi awak” sapanya sambil tayangkan gigi kodomo lion dia tu.

“Hi” sapa aku dengan muka terpaksa dan senyuman plastik aku. Aiks, nak ape lagi lah mamat nie. Benci betul. Ingat hensem lah tu asyik senyum macam tu tapi memang hensem pun. Kui, kui, kui. Hampeh tul lah ko ni sya.

“ Awak buat ape kat sini?” tanya si kodomo lion.

“ Saya tengah memasak ni. Awak tak nampak ke?” ambik kau sebijik.

“ Hehehe. Awak nak balik ye?” tanya nya sambil tersengih-sengih.

“ ye lah. Takkan nak bertapa kat uni pulak kan” balas aku sambil pandang ke kiri dan kanan. Kot-kot ade bas lalu ke.

“ Jom, saya hantarkan awak balik. Lagipun dah setengah jam lebih awak dok tunggu bas kan?” ajak si kodomo lion bersungguh-sungguh sambil membukakan pintu keretanya.

“ Eh awak, mane awak tau saya dah setengah jam tuggu bas kat sini? Awak sekodeng saya yer?” tanya aku dengan curiga. Mamat nie biar betul. Takkan baru habis kelas kot? Setahu aku waktu balik untuk pelajar kat sini semuanya same melainkan kalau diaorang ade aktiviti atau extra class je waktu diorang akan berubah.

“ err... errr... Takde lah.. Saya budak baik lah awak. Mane pandai sekodeng-sekodeng ni. Tadi tengah lepak ngan member kat mamak depan tu lepas habis kelas. Tu yang perasan awak tengah tunggu bas sampai setengah jam tu.” terang si kodomo lion panjang berjela-jela

“ Owh, ingatkan awak sekodeng saya tadi. Sorry ye. Anyway, takpe lah. Awak balik lah dulu. Saya boleh balik sendiri naik bas. Thanks but no thanks” menolak ajakan nya dengan sopan dan memberi senyuman paling manis buat ni. Perasan betul lah lu nie sya. Dengan harapan mamat kodomo lion ni akan blah daripada sini.

“ kalau macam tu takpe lah. Saya pun tak nak paksa awak and I have no rights to force you right? So saya balik dulu lah ye. By the by, this is my card. Anything, just gimme a call. Take care.” katanya sambil melambai tangan pada aku. Kereta nya sudah pun bergerak perlahan-lahan didepan aku. Akhirnye, balik jugak si mamat kodomo lion ni. Lega sikit rasa hati ni.


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

“Wei minah, ko masak ape hari nie? Lapar gila lah” tanya aku sambil membuka semua periuk-belanga kat dapur.

“Asal sunyi je ni. Takkan minah ni dah gi kerja pulak.”

“ Anum! Owh anum!. Mane pulak pergi member aku seorang ni” aku berlari-lari anak ke tingkat atas.

“Anum, buka pintu ni! Kau tido ker?” jerit ku sambil ketuk pintu bilik anum kuat-kuat. Owh, lupa nak introduce. Mahanum a.k.a anum nie bff aku daripada kitaorang budak hingusan lagi.Anum sekarang tengah kerja. Maklum lah kerja staff nurse kat kerajaan. Siape tak nak. Kitaorang sewa rumah teres dua tingkat kat area anum kerja lagipun memang dekat dengan area uni aku pun.

Aku memulas tombol pintu bilik anum. Aikz, tak kunci. Mata melilau cari member seorang ni tapi tak dapat dikesan. Tiba-tiba mata terlekat kat sehelai kertas yang ditindih dengan botol minyak wangi.

Wei, mangkuk ayun ko mesti cari aku satu umah kan? Hihihi
padan muka. Aku tak masak hari nie. Ade date ngan bf aku..
balik lambat kot. So pandai-pandai tupai melompat,
akhirnyer jatuh ke tanah jgk.. ehh, ehhh, salah pulak pandai-
pandai lah ko masak sendiri okay?
Daaaaa... :)

P/s: jgn marah :P

With So Much Of Luv
AnUm...

Aku membaca sambil terkebil-kebil mata. Sabar je lah sya, dah nasib badan. Berlalu meninggalkan bilik anum. Makan maggi je lah... :P

Please komen nukilan saya yang tak seberapa nie. Thankz....