Jangan jeling2 saje, Follow lah Saye...

Thursday 29 March 2012

U R My Mr.Right...


BAB 1

Nama aku Nur Aleesya Areena Binti Abdullah. Umur 22 nak masuk 23 september ni. Aku ni dah lima bulan duk rumah. Senang cerita tanam anggur kat rumah lah. Hari ni first day aku jejak kaki kat universiti ni. Aku dapat tawaran nak sambung Bachelor in psychology with hons. Memang terkejut lah bila aku dapat tawaran tu. Ye lah, diploma pun bukan nye ambik dalam bidang psychology pun. Hari ni okay je. Smooth and steady kata orang putih. Hehehe. Banyak juga budak-budak sekepale ngan aku kat sini. (otak xbetul)

“Hi awak” sapa suara garau yang macam beruang tiba-tiba.

“owh mummy ko meletup” ambik kau. Sape lah yang dok kacau kau nak makan nie. Kan dah kena. Tu lah lain kali nak tegur depan-depan.

“Sorry awak, sengaja” kata suara garau tu sambil menayangkan 32 biji gigi dia. Ingat ada pertandingan gigi terbersih agaknye. Tau lah pakai kodomo lion. Eh, tu kan ubat gigi kanak-kanak ribena ke? Ntah lah. Hehe.

“Hi. Awak ni siapa?? Nak ape??k” tanya aku sambil buat muka blur aku. Ye lah kan kot-kot nak culik aku ke? Sape tau. Perasan jer lebih lah ko ni sya.. ops, terlupa. Member- member aku semuanye panggil aku sya. Family aku pulak panggil aku elisa.

“Saya Mohd Naqil Bin Mohd Imran and u?” sambil menghulurkan tangan.

“ Cop-cop, awak ni salesman ke? Sorry lah. Saya tak berminat nak beli. Kalau awak nak jual, gi lah cari orang lain. Saya ni memang kedekut orangnye.” terang ku bersungguh2 ngan muka-muka aku sekali.

“Kelakar lah awak ni. Saya bukan salesman lah. Saya student macam awak jugak. Saya cuma nak berkenalan dengan awak je. Tak boleh ke?” terang nya sambil tersengih macam kerang tak laku.

“Memang tak boleh pun. Ops, maksud saya, saya tak suka sangat nak berkenalan-kenalan ni. Sorry ye. Anyway, I gtg. See u next time” lantas aku bangun dari bangku aku dan beredar daripada situ. Sibuk je lah mamat ni marah aku tapi boleh tahan jugak mamat tu. Sempat jugak aku jeling-jeling muka dia tadi. Hehe. Jahat kan aku ni.



><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Di Bustop....

Aih, mane lah bas ni. Dah lah panas pulak tu. Benci betul nak tunggu lama-lama kat sini macam tiang bendera dah karat.Tu lah kalau dah ambik lesen kan senang . Ni tak, tinggal separuh jalan. Padan muka kau sya. Tiba-tiba aje, ada sebiji kereta bmw sport berhenti tepat-tepat di depan aku.

“Hi awak” sapanya sambil tayangkan gigi kodomo lion dia tu.

“Hi” sapa aku dengan muka terpaksa dan senyuman plastik aku. Aiks, nak ape lagi lah mamat nie. Benci betul. Ingat hensem lah tu asyik senyum macam tu tapi memang hensem pun. Kui, kui, kui. Hampeh tul lah ko ni sya.

“ Awak buat ape kat sini?” tanya si kodomo lion.

“ Saya tengah memasak ni. Awak tak nampak ke?” ambik kau sebijik.

“ Hehehe. Awak nak balik ye?” tanya nya sambil tersengih-sengih.

“ ye lah. Takkan nak bertapa kat uni pulak kan” balas aku sambil pandang ke kiri dan kanan. Kot-kot ade bas lalu ke.

“ Jom, saya hantarkan awak balik. Lagipun dah setengah jam lebih awak dok tunggu bas kan?” ajak si kodomo lion bersungguh-sungguh sambil membukakan pintu keretanya.

“ Eh awak, mane awak tau saya dah setengah jam tuggu bas kat sini? Awak sekodeng saya yer?” tanya aku dengan curiga. Mamat nie biar betul. Takkan baru habis kelas kot? Setahu aku waktu balik untuk pelajar kat sini semuanya same melainkan kalau diaorang ade aktiviti atau extra class je waktu diorang akan berubah.

“ err... errr... Takde lah.. Saya budak baik lah awak. Mane pandai sekodeng-sekodeng ni. Tadi tengah lepak ngan member kat mamak depan tu lepas habis kelas. Tu yang perasan awak tengah tunggu bas sampai setengah jam tu.” terang si kodomo lion panjang berjela-jela

“ Owh, ingatkan awak sekodeng saya tadi. Sorry ye. Anyway, takpe lah. Awak balik lah dulu. Saya boleh balik sendiri naik bas. Thanks but no thanks” menolak ajakan nya dengan sopan dan memberi senyuman paling manis buat ni. Perasan betul lah lu nie sya. Dengan harapan mamat kodomo lion ni akan blah daripada sini.

“ kalau macam tu takpe lah. Saya pun tak nak paksa awak and I have no rights to force you right? So saya balik dulu lah ye. By the by, this is my card. Anything, just gimme a call. Take care.” katanya sambil melambai tangan pada aku. Kereta nya sudah pun bergerak perlahan-lahan didepan aku. Akhirnye, balik jugak si mamat kodomo lion ni. Lega sikit rasa hati ni.


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

“Wei minah, ko masak ape hari nie? Lapar gila lah” tanya aku sambil membuka semua periuk-belanga kat dapur.

“Asal sunyi je ni. Takkan minah ni dah gi kerja pulak.”

“ Anum! Owh anum!. Mane pulak pergi member aku seorang ni” aku berlari-lari anak ke tingkat atas.

“Anum, buka pintu ni! Kau tido ker?” jerit ku sambil ketuk pintu bilik anum kuat-kuat. Owh, lupa nak introduce. Mahanum a.k.a anum nie bff aku daripada kitaorang budak hingusan lagi.Anum sekarang tengah kerja. Maklum lah kerja staff nurse kat kerajaan. Siape tak nak. Kitaorang sewa rumah teres dua tingkat kat area anum kerja lagipun memang dekat dengan area uni aku pun.

Aku memulas tombol pintu bilik anum. Aikz, tak kunci. Mata melilau cari member seorang ni tapi tak dapat dikesan. Tiba-tiba mata terlekat kat sehelai kertas yang ditindih dengan botol minyak wangi.

Wei, mangkuk ayun ko mesti cari aku satu umah kan? Hihihi
padan muka. Aku tak masak hari nie. Ade date ngan bf aku..
balik lambat kot. So pandai-pandai tupai melompat,
akhirnyer jatuh ke tanah jgk.. ehh, ehhh, salah pulak pandai-
pandai lah ko masak sendiri okay?
Daaaaa... :)

P/s: jgn marah :P

With So Much Of Luv
AnUm...

Aku membaca sambil terkebil-kebil mata. Sabar je lah sya, dah nasib badan. Berlalu meninggalkan bilik anum. Makan maggi je lah... :P

Please komen nukilan saya yang tak seberapa nie. Thankz....

No comments:

Post a Comment