Jangan jeling2 saje, Follow lah Saye...

Monday 2 April 2012

U R My Mr.Right 2...


BAB 2

Hari ini memang boring gila. Ye lah minggu orientasi. Siapa yang suka orientasi ini. Untuk sya, orientasi ini macam dodoi kan kita untuk tidur. Jahat kan. Tapi apa nak buat, kena hadir juga demi 'attendances'. Lagi satu yang paling sya tak suka ialah senior-senior yang buat orientasi nie. Bajet bagus aje. Geram aje tengok diorang tu. Nak ajer ketuk kepale diorang pakai tukul kayu yang paling besar. Hisy-hisy, kejamnya kau nie sya. Hehehe. Apa pun, terpaksa lah bersabar.

“Hey awak, mari sini!” terdengar satu suara yang garang sambil menunding jari telunjuk ke arah aku.

“Dia panggil aku ke?” dengan rasa cuak aku pandang ke kiri dan kanan. Kot-kot dia panggil orang sebelah aku ke, mane tau.

“Awak lah. Yang gi pandang kiri kanan tu buat apa?” katanya lagi.

“Saya??” tanya aku sambil menunjukkan jari telunjuk aku tepat ke muka aku.

“ Ye, awak lah. Mari sini!” jeritnya di mikrofon.

“Alamak, mati aku. Mamat ni pun satu, takde orang lain ke nak panggil. Siap jerit kat mikrofon segala. Macam lah aku ni pekak.” rungut aku. Tapi rungutan itu terluah didalam hati saje. Aku bingkas bangun dan berjalan ke depan. Muka aku dah macam kena paksa makan asam jawa jer.

“ Sila perkenalkan diri awak” katanya sambil menghulurkan mikrofon tu.

“ Nama Nur Aleesya” jawab aku selamba.

“ Aik, Takkan tu jer kot? Bagi tau lah umur, ambik jurusan apa dan bla bla bla. Kalau boleh bagi lah no tel sekali”

“ Nak kena bagi tau jugak ke? Kalau tak jawab boleh tak?” aku pun apalagi, buat lah muka 1 sen aku. Macam lah orang nak simpati sangat dengan muka ko tu sya oi...

“ Ye, kena jawab jugak!” jawab nya.

“ Nama Nur Aleesya Areena Binti Abdullah. Umur 22. Ambik jurusan psikologi. Asal orang jb. Nak tau sejarah nenek moyang saya sekali ker? Kalau nak, nanti saya tulis and hantar kat encik” jawab aku selamba. Padan muka. Tu lah kacau aku lagi. Punya lah sedap aku berangan, hilang dalam sekenyit. Mangkuk cina betul lah mamat nie..

“ Watever. Hah, saya nak tanya awak nie. Apa yang saya cakap kat depan tadi?” tanya mamat mangkuk cina tu lagi.

“ Cuba awak terangkan 1 by 1” sambungnya lagi.

“ Ntah. Tak tau.” jawab aku selamba. Memang sah nak kena penampor lah ko nie sya. Mulut takde tapis betul. Nanti kena beli tapis yang jual kat kedai runcit mak yok. Simpan untuk kecemasan.

“ tu lah. Berangan lagi. Disebabkan awak tak boleh jawab soalan saya. Awak dikenakan denda. Awak kena...... err, apa yer... jap-jap. Saya fikir dulu.” diam sejenak
“ Ala, mamat nie kecoh lah. Nak denda-denda segale. Mane ade denda-denda zaman sekarang nie. Denda-denda nie zaman kuno okay. Menyampah betul.” rungut aku.

“ Huh!” pekik mamat mangkuk cina tadi ditelinga aku.

“ Opocot, mummy ko meletup” latah aku. Aisehman, semua orang dengar aku latah ke nie . Mane nak sorok muka. Pinjam seluar mangkuk cina nie boleh tak agaknya? Ekh, ayat macam lain jer? Seluar? Apepun aku tengah malu sesangat okay.

“ Hehehe. Melatah rupa nyer. Muka cantik tapi melatah” gelak bantai mamat mangkuk cina tu.

“ Ehh, ade ape-ape lagi tak? Saya nak blah nie” tanya aku sambil memberikan jelingan dead aku. Memang nak kena tumbuk ngan lesung nenek aku agaknyer mamat nie. Siap boleh gelak bantai macam tu sekali. Sabar jer lah sya. Tawakal..... aku baru nak melangkah pergi daripada pentas tu.

“ Errr, err.. takkan awak dah lupa denda awak tu.”

“ Apadia, cepat lah cakap. Dah boleh jadi mumia saye duk sikit lame-lame. Dah lah sejuk gila”

“ Denda nya adalah jeng jeng jeng... Awak kena basuh toilet rumah saya semalam seminggu. Amacam ada suka ka itu adik manis” perli nya dengan meniru aksi mamak roti canai.

“ Asal pulak saya kena basuh toilet rumah awak hah? Awak basuh lah sendiri. Ingat saya nie maid yang tak bertauliah awak ker?” jerit aku. Ternaik kening aku secara automatik nyer. Suka hati mokcik pokcik dia jer suruh aku basuh toilet. Kalau toilet uni aku boleh terima lagi, nie toilet rumah dia. Naik kesemua bulu-bulu kaki , tangan n kening aku.

“ Saya tak kisah kalau awak tak nak terima denda saya tu tapi awak pun tau kan ape akan berlaku if a student didnt follow seniors instruction in orientation?” bisik mamat mangkuk cina ditelinga aku. Nie lagi satu masalah, korang tau tak ape akan berlaku kalau tak follow instuction senior? Senior-senior yang konon baik-baik belaka taik kucing ni akan laporkan segalanya pade pihak atasan. So kita akan dapat bad impression daripada diorang.. Pastu memamg susah lah nak approach diorang untuk assignment or sewaktu dengan nya.

“ Hah, berangan lagi. So amacam? Mesti setuju kan?” tanya nya dengan sinis

“ Watever!” aku memberikan jelingan dead aku sekali lagi untuk mamat mangkuk tingkat tu and terus blah daripada tempat tu. Memamg geram betul. Apalah nasib aku. Cuba korang bayangkan aku dengan baju maid yang berrompol-rompol dan ditambah dengan cap maid kat kepale aku. OMG, sya.... u look damn teruk okay. Tak boleh dibayangkan. Mummmy, Help me....   

No comments:

Post a Comment